Melahirkan generasi baru, membina watak.
Akademi Badminton Hang Lekiu — sebuah akademi badminton di Putrajaya yang berdedikasi melahirkan atlet muda Malaysia yang berdisiplin, berdaya saing dan berhati waja.

Kisah Kami
Bermula sebagai sebuah kelab kejiranan kecil pada tahun 2013, Akademi Badminton Lekiu kini berkembang menjadi salah satu akademi badminton paling dipercayai di Putrajaya dan sekitarnya. Berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama Lekiu Sports Academy. No. Pendaftaran: 202203143425 (AS0449026-X).
Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak memiliki potensi untuk bersinar — apa yang diperlukan hanyalah bimbingan yang betul, persekitaran yang menyokong dan disiplin yang konsisten.
Hari ini, lebih 200 atlet aktif berlatih di bawah jurulatih berpengalaman kami, dengan ramai antara mereka kini mewakili sekolah, daerah dan negeri di pentas arena badminton.
"Melahirkan Generasi Baru, Membina Watak dan Jiwa."
Barisan Kepimpinan Lekiu
Struktur organisasi Akademi Badminton Hang Lekiu.
